Monday, 29 February 2016

Tips Elak Ditipu Beli Tayar 2nd

TiPS NAK BELI TAYAR 2ND

Ramai yg selalu risau beli tayar 2nd sbb x tahu nk kenalpasti kualiti tayar.
X pun takut kena kencing dgn kedai tayar. Beli harga mahal, tp x smpai seminggu kena beli lain sbb bila bwk kereta rasa lain mcm handling.

Nak tahu apa yg kena check bila nk beli tayar 2nd?

Kami share di sini:
1) Pastikan saiz tayar sama
-Perhatikan pada nombor siri pd sisi tayar. Contoh dlm gmbr 215/45R17.
Pastikan tayar 2nd yg anda nak beli ada nombor siri yg sama dgn tayar lain pd kereta anda. Jika tidak, tayar mungkin terlebih besar atau kecil berbanding yg lain. Jadi handling kereta akan terjejas.

2) Periksa nombor minggu dan tahun tayar dibuat
- contoh dlm gmbr 0515, bermakna tayar dikeluarkan minggu ke 5 tahun 2015. Tayar baru berusia setahun lbh krg.
Tidak digalakkan ambil tayar yg sudah lebih 4 tahun kerana getah tayar sudah keras dan risiko merekah dan pecah tinggi.

3) Jangan beli tayar haus
-Guna duit syiling 20 sen untk check. Letak syiling dgn menegak dlm longkang tayar dan kalau tulisan 'sen' kelihatan, maka tayar itu sudah haus dan tidak selamat digunakan. Atau nak mudah, ada garisan marker dlm longkang bunga tayar, jika sama aras dgn tayar, maka tayar sudah haus. Boleh tgk dlm gambar.

4) Perhatikan jika ada bengkak, merekah atau tampal pada sisi atau permukaan tayar.
- Jika ada nampak bengkak, maksudnya tayar dh x elok dan x selamat. Handling juga akan bermasalah. Dawai yg menyaluti tayar dh bengkok sbb tu bengkak.
-Merekah tanda tayar dh keras

5) Jangan beli Tayar Toreh!
Ini adalah tayar yg dah haus atau botak tp bunga tayar dibuat semula. Mungkin sgt murah tapi Bahaya kerana dibuat oleh industri haram belakang rumah tanpa piawaian keselamatan! Berbeza dgn tayar celup ye..Cara mudah kenalpasti, tgk pada marker bunga tayar, jika sama aras tayar wlpn nmpk bunga dalam, maksudnya sudah ditoreh.

6) Digalakkan beli 2 biji sekaligus, berpasangan depan atau belakang
- kerana bunga tayar berbeza ada fungsi berbeza
-fungsi bunga tayar berbeza melalui cengkaman terutama ketika hujan dan aspek bunyi

Nak lagi tips?
Share dan Like

2 comments:

  1. Nak cari tayar? Cuba website https://mytayar.com

    Ada banyak kedai di kawasan Lembah Klang yang feed harga kat website. Harga yang dipaparkan dah masuk balancing dan valve. Free alignment kalau beli 4 tayar.

    Confirm tak kena tipu dengan kedai sebab semua terms + conditions dah dijelaskan di website.

    Anda hanya perlu masukkan spec tayar terus ke website. Website akan menunjukkan info mengenai offer dari Network Workshops kami. Anda boleh pilih apa yang penting untuk anda samada harga, lokasi, jenama atau model tayar.

    Website akan pantau kedai supaya mereka tak menipu customer website. Anda hanya perlu bayar 5% deposit online. Lepas tu website akan hantar email info mana nak pergi. Balance 95% bayar terus kat kedai

    ReplyDelete
  2. This shop provides some of the most reliable and efficient collision repair in Florida. The commitment to maintaining a transparent process helps customers feel confident throughout the repair journey. collision repair in Florida

    ReplyDelete