Thursday, 21 April 2016
8 KESILAPAN BESAR APABILA MENCUCI KERETA
1) Cuci kereta di Auto Car Wash Machine
- Ramai yang mengambil mudah dengan menggunakan servis cuci kereta mesin auto ini. Kebanyakan mesin ini ada risiko untuk merosakkan cat kereta anda dan meninggalkan kesan calar. Ini boleh disebabkan oleh tekanan air yang terlalu kuat ataupun kain/berus yang ada tersangkut batu-batu kecil/serpihan keras (walaupun dikatakan soft bristle/cloth-kain/berus lembut digunakan). Mesin ini hanya sesuai untuk kereta yang anda tidak kisah lagi tentang rupa cat seperti lori atau van.
2) Cuci kereta di bawah terik tengahari panas
- Ini adalah kesilapan serius kerana air untuk mencuci akan tersejat cepat dan meninggalkan kesan tompokan. Dan hampir semua bahan sabun pencuci kereta meletakkan amaran penggunaan: tidak sesuai digunakan ketika cuaca panas atau pada suhu yang tinggi. Disarankan untuk cuci kereta awal pagi atau lewat petang ketika cuaca kurang panas.
3) Guna sabun pencuci pinggan/lantai/tandas/baju
- Ini memang kesilapan yang paling berat. Sabun pencuci pinggan/lantai/tandas/baju tidak direka untuk cuci kereta dan adalah pada pH yang tidak sesuai dengan cat kereta. Dan ia juga menyebabkan lapisan wax dan clear coat pada kereta rosak/hilang. Gunakan sabun pencuci yang memang khas diformulasi khas untuk kereta agar ia dapat menjaga kualiti cat kereta anda.
4) Cuci tanpa sebarang pencuci yang ada pelincir (wax spray)
- Apabila ada najis burung di atas permukaan cat kereta, teknik yang betul untuk menghilangkannya dengan mudah adalah menggunakan wax spray. Ini kerana najis burung pH berasid yang boleh menghakis cat kereta. Hanya gunakan wax spray dan lapkan denga microfibre towel.
5) Guna power washer
- Majoriti ingat bila guna power washer yang boleh pancutkan air dengan kuat akan membersihkan kereta lebih baik. Ya tapi ia juga akan merosakkan permukaan cat anda. Cara terbaik untuk nak tahu tekanan pancutan air yang sesuai: pancutkan air pada tapak tangan anda, jika tapak tangan anda berasa sakit, maka pancutan air terlalu kuat dan perlu dikurangkan.
6) Menggunakan span untuk cuci kereta
Hanya gunakan micofibre towel untuk tujuan mencuci dan mengelap kereta. Span, kain perca, towel dan sebagainya tidak sesuai jika anda mahu yang terbaik untuk cat kereta anda.
7) Cuci gaya pusaran dan mula dari bawah ke atas
-Cara yang paling baik adalah mulakan cucian dari atas bumbung kereta dan turun ke bawah. Bila mengosok dengan microfibre towel, hendaklah dari kiri ke kanan/kanan ke kiri (satu arah sahaja), dan bukan secara pusaran (kesan calar lebih ketara jika secara pusaran).
8) Hanya gunakan satu baldi untuk mencuci
- Jika anda betul-betul sayangkan kereta anda, gunakan dua baldi. Satu baldi untuk air sabun dan satu baldi lagi untuk air bersih. Baldi berisi air bersih adalah untuk membilas kain yang telah diguna sebelum dicelup dalam baldi berisi air sabun. Ini penting agar batu-batu kecil dan serpihan keras yang tersangkut pada towel tanggal sebelum dicelup ke dalam baldi sabun dan digosok pada kereta.
Dah tahu ni, lain kali bila nak hantar ke kedai cuci kereta, tengok macam mana mereka buat kerja. Sayang kereta berkilat tapi calar banyak!
Share jika bermanfaat untuk kawan-kawan anda.
RoadMech Services, The Best Mobile Mechanic in Town
018-9474070
Subscribe to:
Comments (Atom)

