Siapa RoadMech Services?
Kepakaran kami adalah membantu setiap pemilik kenderaan samada kereta keluaran Malaysia atau luar negara mendapatkan servis kereta berkualiti dan cepat tanpa perlu ke bengkel tetapi kami yang datang kepada pelanggan kami di sekitar Lembah Klang.
Ramai pemilik kereta di luar sana yang terpaksa menghabiskan masa, tenaga dan kos hanya semata-mata untuk pergi ke bengkel untuk tujuan servis kereta. Sedangkan segala masa, tenaga dan kos yang ada sepatutnya boleh digunakan untuk tujuan yang lebih penting samada keluarga atau kerjaya anda.
RoadMech Services menawarkan servis kereta atas panggilan dengan datang ke kawasan rumah atau pejabat pelanggan, atau di mana sahaja lokasi yang pelanggan tetapkan di sekitar Lembah Klang.
RoadMech Services mempunyai mekanik yang berpengalaman lebih 9 tahun dalam industri servis dan baiki kereta samada keluaran Malaysia atau luar negara.
RoadMech Services menawarkan khidmat nasihat PERCUMA untuk setiap pelanggan yang mempunyai masalah tentang kereta mereka.
Hubungi segera Pengurus Operasi/Ketua Mekanik kami untuk sebarang pertanyaan dan kemusykilan: 017-2045317
Untuk booking servis kereta, hubungi talian hotline kami: 018-9474070
Menjelang Tahun Baru 2016, RoadMech Services menawarkan upah servis kereta asas PERCUMA kepada 50 orang pelanggan terawal yang menghubungi kami dengan menghantar SMS
[PROMO] [Nama pelanggan] [Jenis Kereta] [Kawasan/Daerah]
ke no tel 018-9474070
PROMOSI tamat pada 1 JANUARI 2016
RoadMech Services, Your Best Mobile Mechanic in Town.
Untuk tips dan info tentang penjagaan, servis dan baiki kereta,
Like dan Follow
Facebook page: RoadMech Services
Instagram: @myroadmech
Blogspot: www.roadmech.blogspot.my
E-mail: myroadmech@gmail.com
Website: www.roadmech.com
Friday, 27 November 2015
Thursday, 26 November 2015
"Mengapa enjin keretaku tidak boleh hidup pagi ini!"
-Punca masalah menghidupkan enjin-
Menjadi ketakutan setiap pemandu/pemilik kenderaan apabila hendak menggunakan kereta untuk sesuatu urusan terutama yang penting atau melibatkan perjalanan jauh, waktu itu juga enjin kereta tidak dapat dihidupkan. Menjadi igauan apabila bengkel jauh dan tiada siapa boleh membantu di malam hari.
Kami kongsikan serba sedikit penyebab kepada masalah enjin tidak dapat dihidupkan yang anda boleh kenalpasti dan cuba atasi sementara mendapatkan bantuan pakar/mekanik,
1) Bateri bermasalah
Bateri kereta yang sudah lemah atau kekurangan air. Bateri kereta biasanya mempunyai jangka hayat lebih kurang 1-2 tahun (bergantung pada jenis bateri, ada jenis basah atau kering). Masalah ini selalunya berpunca dari lampu kereta yang lupa dipadam selepas enjin dimatikan dan ditinggalkan parking. Kereta yang sudah lama tidak dihidupkan juga akan mengalami masalah yang sama kerana cas dalam bateri berkurangan setiap masa.
Cara untuk kenalpasti: Panel meter menyala tapi bila pusing kunci, lampu panel meter makin malap dan keluar bunyi "tik tik tik tik" atau "tak tak tak".
Apa yang perlu dilakukan jika bateri kereta lemah dan tidak dapat menghidupkan kereta?
Guna cara jump start iaitu sambung bateri kereta anda dengan bateri kereta lain yang elok. Kalau tak dapat start juga, memang kena pergi terus ke kedai untuk beli bateri yang baru (paling mudah boleh cari di stesen minyak).
Cara untuk jump start:
i. Pinjam wayar jumper dekat kawan atau boleh beli dekat mana-mana kedai kereta. Ada jenis wayar 200 Amp (wayar kecil) dan 400 Amp (besar sikit), yang lebih besari lebih cepat pengecasan.
ii. Sambungkan klip wayar (merah) dari terminal positif bateri yang lemah dan hujung satu lagi ke terminal positif bateri yang baik.
iii. Sambungkan klip wayar (hitam) dari terminal negatif bateri yang berkedaan baik dan hujung satu lagi ke terminal negatif bateri yang lemah atau mana-mana bahagian besi kereta bateri lemah.
iv. Start engine kereta bateri yang masih baik dan biarkan tercas untuk beberapa minit. Sekali sekala tekan minyak untuk menjana kuasa ke bateri yang lemah tadi.
v. Cuba start engine kereta bateri yang lemah. Kalau berjaya biar engine hidup beberapa minit. Lagi lama lagi bagus untuk bagi masa bateri mengecas. Kalau gagal hidup juga, sila beli bateri baru.
vi. Setelah selasai, cara nak cabut penyambungan wayar jumper pula adalah dengan terbalikkan langkah penyambungan. Bermula dengan menanggalkan klip wayar negatif mana-mana bahagian kereta (bateri lemah), wayar negatif bateri yang masih berkeadaan baik, wayar positif bateri yang masih berkeadaan baik dan seterusnya wayar positif bateri yang sudah lemah.
vii. Ketika enjin masih hidup, sebelum kemas barang, buat sedikit pemeriksaan. Sila cabut terminal positif dan negatif bateri yang lemah tadi. Biar seketika. Engine tak akan mati sebab alternator dah ambil alih tugas bateri. Kalau mati maknanya alternator korang pun dah rosak. Jadi, sila tukar alternator yang baru.
viii. Kalau alternator berfungsi dengan baik, sambungkan balik terminal positif dan negatif bateri. Selepas itu bolehlah teruskan perjalanan seperti biasa.
Untuk bateri basah yang kekurangan air, anda boleh tambah air bateri yang boleh dibeli di stesen minyak. Tips untuk mengurangkan risiko bateri cepat rosak- tambah air bateri hanya di waktu pagi ketika enjin masih sejuk. Jika emergency juga, tambah air bateri ketika enjin hidup.
2) Minyak Petrol
Minyak petrol sudah habis, minyak tidak sampai atau ada bahagian tersumbat. Jadi sentiasa periksa meter minyak. Jika meter minyak ada masalah, biasanya jarum meter akan bergerak-gerak semasa digunakan dan tidak menunjukkan bacaan yang konsisten terutaman apabila minyak petrol sudah diisi. Meter perlu ditukar jika ada tanda ini (boleh cari spare part di kedai potong kereta).
Jika melibatkan pam petrol (fuel pump) kereta atau oil filter yang bermasalah dan menyebabkan minyak tidak sampai ke komponen-komponen dalam kereta anda, anda perlu mendapatkan bantuan mekanik.
3) Starter Problem
Starter digunakan untuk menghidupkan enjin kereta dan jika rosak kereta memang tidak dapat hidup. Starter biasanya perlu diservis apabila sudah berusia lebih 5 tahun.
Starter yang hampir rosak akan menghasilkan bunyi seperti geseran besi bila dihidupkan. Jika anda dengar bunyi yang lain dari kebiasaan ketika menghidupkan kereta anda, berkemungkinan starter
kereta anda sudah haus dan perlu ditukar baru sebelum kereta anda mengalami masalah tidak boleh start langsung.
4) Spark Plug dan Ignition Coil Rosak
Tanda yang perlu dikenalpasti: pick up kereta tidak memuaskan, susah hendak hidup dan semput-semput, kereta terasa berat dan pelahan walaupun minyak sudah ditekan habis.
Spark plug berfungsi sebagai pencucuh untuk memulakan pembakaran (ignite) kereta kita. Kalau rosak memang kena beli baru. Kereta memang tidak akan hidup dengan spark plug rosak walaupun guna cara jump start. Ignition coil yang rosak akan menunjukkan tanda yang sama. Jadi perlu beli ignition coil yang baru.
5) Posisi Gear
Gear mestilah berada di kedudukan yang betul untuk kereta AUTOMATIK, pastikan gear pada kedudukan P dan bukan di D, R, L atau 2. Dan jangan lupa tekan brek kaki apabila menghidupkan enjin kerana ada sesetengah kereta yang ada sensor pada brek kaki yang menjadi suis sebelum enjin boleh dihidupkan.
6) Immobilizer
Untuk kereta baru yang mempunyai immobilizer, anda perlu berhati-hati dengan penjagaan kunci anda. Kebiasaannya masalah kereta tidak boleh dihidupkan berlaku apabila pemilik/pemandu kereta pernah terjatuhkan kunci kereta. Apabila kunci terjatuh, cip immobilizer dalam kunci mungkin teralih dari posisi asal atau terkeluar dari kunci. Cari balik cip immobilizer yang terkeluar dan letakkan semula di posisi asal. Kalau ada kunci spare, gunakan kunci spare untuk hidupkan kereta.
Kos untuk menukar set immobilizer yang baru adalah tinggi jika kunci yang lama tidak dapat digunakan.
Ada banyak lagi yang boleh menjadi punca enjin tidak dapat dihidupkan tetapi mungkin terlalu advanced bagi yang tidak biasa dengan sistem enjin kereta.
Yang kami kongsikan di sini adalah antara punca-punca yang menjadi kebiasaan yang mudah untuk anda kenalpasti berserta dengan tips mudah untuk mengatasinya.
Kami berharap info ini sedikit sebanyak membantu anda lebih bersedia jika tiba-tiba enjin tidak boleh dihidupkan.
Jika anda perlukan khidmat nasihat PERCUMA tentang masalah kereta anda, boleh berhubung terus dengan Pengurus Operasi dan Ketua Mekanik kami: +6017-2045317
Untuk booking servis kereta, boleh hubungi talian hotline kami: +6018-9474070
Untuk mengikuti tips penjagaan, servis dan baiki kereta yang kami kongsikan dari semasa ke semasa,
Sila follow and like Facebook page kami: RoadMech Services
Dan Instagram: @myroadmech
Dan website utama kami (untuk maklumat upah kerja/labour charge): www.roadmech.com
ROADMECH SERVICES
The Best Mobile Mechanic Service in Town!

Tuesday, 24 November 2015
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Selamat datang ke blog RoadMech. Blog yang akan berkongsi tentang tips penjagaan, servis dan baiki kereta yang terbaik.
Follow our blog, Instagram and Facebook page: RoadMech Services and website: www.roadmech.com
Pelbagai tips dan nasihat dari mekanik kereta yang berpengalaman lebih 9 tahun dalam industri servis dan baiki kereta.
Nantikan entry blog dari kami yang seterusnya:
"Mengapa enjin keretaku tidak boleh hidup pagi ini!"
RoadMech Services
Your Best Mobile Mechanic Service in Town
Service Booking +6018-9474070

Subscribe to:
Comments (Atom)